Jangan muat turun sebarang fail aplikasi, elak data kewangan digodam

4 Jun 2024 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Orang ramai diminta berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) ke telefon pintar yang diterima melalui mesej dan e-mel, serta hanya berbuat demikian melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Beliau berkata antara taktik yang dikesan masih digunakan sejak pertengahan 2023 ialah penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui APK yang ditanam “perisian hasad” atau malware bagi mencuri data dan mendapatkan butiran kewangan mangsa.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mesej jemputan perkahwinan terbabit biasanya akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa, sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi itu, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata akses ini akan membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa malahan boleh mengakibatkan mangsa mengalami kerugian wang ringgit.

“PDRM percaya taktik itu menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi,” katanya.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved