“Jangan Nafikan Emosi Orang Lain, Tak Perlu ‘Jilat’ Pelakon Senior” – Netizen

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 10:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon Nadhir Nasar tampil menempelak tindakan sikap sesetengah pelakon baharu yang mendakwa mereka pernah dibuli di lokasi penggambaran.

Menurut Nadhir, pelakon baharu sepatutnya lebih menghormati pelakon senior dan tidak perlu menceritakan semua benda yang terjadi di set penggambaran kepada media.

image is not available 2 days ago

"Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotype Terhadap Pelakon Baru, Bagus!" - Nadhir Nasar

Namun begitu, kelantangan Nadhir bersuara mengenai isu hangat itu turut menerima kritikan negatif netizen di luar sana malah ada yang menganggap aktor itu sebagai ‘penjilat’ artis senior.

Rasanya tak perlu kau nak jilat senior. Bukan masalah you jadi jangan libatkan diri.Kalau senior ada stereotype dekat mereka sebagai pendatang baharu itu masalah diorang bukan masalah you.

Jangan menafikan emosi orang lain, lepas tu pandai manipulasi balik kesalahan tu kepada mangsa. Jangan terlalu melangit sangat, kita tak tahu apa yang orang lain hadap.

Terdahulu, seorang pelakon baharu tampil membuat pendedahan bahawa dirinya pernah dibuli kru produksi dan melihat rakannya dibuli pelakon senior.

image is not available

Susulan daripada itu, ramai artis senior serta pengarah terkenal tampil menafikan adanya gejala buli seperti yang didakwa.

Menurut mereka, diherdik & dimaki adalah asam garam dalam dunia lakonan dan sebagai pendatang baru, mereka perlu mempunyai hati yang kental untuk melalui situasi tersebut.