“Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotype Terhadap Pelakon Baru, Bagus!” – Nadhir Nasar

EntertainmentLifestyle
19 Nov 2024 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Nadhir Nasar tampil membidas dan meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang mencemarkan nama pelakon baharu dalam industri.

Nadhir dilihat menzahirkan rasa tidak puas hati itu menerusi satu hantaran di aplikasi X, semalam.

image is not available

Sebab kau, pelakon senior ada stereotype terhadap pelakon baru. Great. Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik.

Pelakon drama Projek: High Councul itu juga sempat menitipkan nasihat untuk para pelakon ‘BBNU’ ini untuk lebih beradab ketika berdepan dengan pelakon lama dan veteran.

Jalan depan orang lama, tunduk. Dimarahi orang lama, duduk. Menegakkan benang yang basah itu buruk.

Namun, Nadhir tidak pula menjelaskan dengan terperinci kepada siapa status itu ditujukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meneka luahan tersebut berfokus kepada isu buli di set penggambaran seperti yang tular sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Macam Ni Lah, Sedih Setiap Hari Mengenangkan Sahabat.." - Shuib