Jangan Naik Harga Barang Melampau Selepas Pelarasan Gaji – Ahmad Zahid

22 Aug 2024 • 5:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerajaan mahu mengekang peningkatan inflasi dalam negara.

Menurut laporan Harian Metro, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mahu melihat adanya kenaikan harga barang selepas pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Tentunya dalam keadaan begitu kita harus imbangkan permintaan dan penawaran dalam tenaga kerja, perkhidmatan dan barangan.

“Sebab itu saya fikir Perhimpunan Agung Umno 2024 mesti melihat bukan hanya sekadar desakan, tapi bagaimana kita dapat menyumbang saran untuk memperkukuh ekonomi dan menstruktur semula masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

image is not available

Foto: Facebook Barisan Nasional

Ahmad Zahid berkata, peranan menteri dan timbalan menteri daripada UMNO penting dalam sistem penyampaian, terutama bagi memperkukuh Kerajaan Madani menerusi kementerian masing-masing.

Beliau turut memberitahu bahawa kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pemberian subsidi.

Pelaksanaan subsidi bersasar juga dibuat bagi memastikan hanya golongan yang layak mendapat manfaat, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

image is not available

Foto: Facebook Ahmad Zahid

Sebelum ini, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mencadangkan satu kajian semula dibuat yang menyeluruh dan pendekatan lebih berhemah serta berperingkat dilaksanakan dalam rasionalisasi subsidi.

Sumber: Harian Metro