“Jangan nak jatuhkan level lah” – [VIDEO] Mas Idayu ‘Tepek’ Nabil Lepas Cadang Masuk GV10

Entertainment
22 Feb 2023 • 3:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Mas Idayu pernah menjadi sasaran kecaman dan kritikan warganet selepas memberi komen ‘pedas’ kepada Sissy Imann dan Naim Daniel dalam program Famili Duo.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan segmen 3 Pagi Era apabila penyampai radio Nabil Ahmad menerima respons pedas daripada Mas Idayu selepas dia memberikan cadangan agar penyanyi dangdut itu untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-10.

Mas Idayu ‘tepek’ Nabil Ahmad?

Mas Idayu, menyifatkan soalan yang ditanya oleh Nabil itu sebagai satu soalan tak masuk akal sekali gus menjatuhkan level dia sebagai seorang juri dalam pertandingan nyanyian.

@era.je

Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. #sharERA #3PAGIERA

♬ original sound – ERA – ERA

“Itu soalan b*d*h lah, bagi mummy itu st*pid,” jawab Mas Idayu.

Mas Idayu menjawab soalan demikian ketika dipanggil sebagai tetamu jemputan menerusi segmen berkenaan yang turut dikendalikan oleh penyampai radio Azad Jazmin dan Radin.

Menurut Mas Idayu yang lebih mesra dengan panggilan Mummy berkata, sekiranya pelawaan itu dibuat 12 tahun yang lepas, mungkin sesuai untuk dirinya menyertai program nyanyian seperti yang dicadangkan Nabil.

image is not available

Tambahnya, jika seseorang artis itu sering dipanggil untuk menjadi juri tetap, mereka tidak seharusnya merendahkan taraf artis itu.

“Pada tahap ini, artis yang sudah jadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri rasanya jangan nak jatuhkan level lah,” jelasnya.

“Takut kot kena komen dengan juri” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak bersetuju dan kurang minat dengan respons yang telah diberikan oleh Mas Idayu sekali gus beranggapan dia memberi alasan sedemikian agar tidak dikritik oleh pihak juri.

image is not available

Fuhh! Apa pendapat korang?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.