Jangan Normalisasikan Beri Hadiah Patung Kepada Graduan & Orang Dewasa, Berdosa – PU Salman [Video]

25 Nov 2025 • 2:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Tak dinafikan apabila ingin meraikan seseorang kita sering kali memberikan hadiah kepada individu tersebut.

Antara hadiah yang sering menjadi pilihan tentunya sesuatu benda yang boleh digunakan, bunga, dan bermacam-macam lagi.

Apabila tiba musim meraikan graduan yang baru menamatkan pelajaran pula kita sering melihat ramai yang akan memberikan bunga dan juga anak patung sebagai hadiah.

PU Salman minta jangan normalisasikan untuk beri anak patung kepada graduan

Namun baru-baru ini pendakwah bebas, PU Salman atau nama penuhnya Salman Maskuri telah menegur orang ramai agar tidak menormalisasikan perbuatan memberi anak patung sebagai hadiah kepada orang dewasa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh PU Salman di TikTok dia sering melihat, apabila tiba musim konvokesyen anak patung selalu menjadi pilihan untuk diberi kepada graduan tidak kiralah di sijil di peringkat apa sekali pun.

“Jadi sedangkan ini dosa besar. Apa dia? Patung. Teddy bear, patung kecil, patung besar, patung berkepak, ada kepala, ada badan.

“Hukumnya sepakat ulama kata haram, tak ada khilaf, paling dashyat azab pada hari kiamat orang yang buat patung,” katanya.

Haram hukumnya untuk disimpan

Menurutnya terdapat khilaf dari hukum bagi gambar namun tiada khilaf pada anak patung. Jelasnya lagi Allah SWT melaknat orang yang membuat patung.

Katanya jika disimpan juga haram hukumnya kecuali ia untuk kanak-kanak.

“Kerana Saidatina Aisyah bermain dengan anak-anak patung. Yang dah dewasa, yang dah besar ni haram menerima hadiah patung. Memberi hadiah patung tak boleh, untuk budak-budak sahaja diharuskan.

“Jadi jangan normalisasikan bagi hadiah patung kepada orang-orang yang graduasi ni,” jelasnya dalam video itu.

Malaikat yang membawa rahmat tak masuk rumah jika ada patung

PU Salman juga memaklumkan malaikat tidak masuk ke dalam rumah sekiranya ada patung.

Jelasnya lagi, malaikat yang dimaksudkan itu adalah malaikat rahmat yang membawa ketenangan.

“Bagi hadiah bunga atau coklat tak apa, jangan bagi hadiah patung kepada orang dewasa. Tak boleh, kita beli pun dah tak sah.

“Sesungguhnya bila Allah SWT haramkan sesuatu, maka Allah SWT haramkan jual beli serta saman duitnya.”

Beliau turut menegaskan patung hanya untuk anak-anak (budak kecil), orang dewasa tak boleh, simpan mahupun buat sebagai hiasan juga tidak boleh kerana ia berdosa besar.

@pusalman

Jangan normalisasikan bagi hadiah ini kpd dewasa @Jawahir Travel & Tours ( JTT ) #dosa #hadiah #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – PU Salman – PU Salman

Patung mainan hanya boleh untuk kanak-kanak

Menerusi laman sesawang, Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan haram hukumnya mengukir patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan haram untuk disembah atau dimuliakan.

Namun sekiranya patung berkenaan digunakan sebagai alat permainan serta pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى

Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginsa SAW menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku (Hadis Riwayat al-Bukhari:6130).

Oleh itu patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang untuk disembah mahupun dimuliakan. Malah kanak-kanak kebiasaannya dengan tabiat akan mematah atau merosakkan patung sehingga terputus kepala atau anggota badannya.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah sebagai patung permainan bagi mereka dan jauh sekali untuk dihormati, apatah lagi disembah.”

Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan mainan patung seperti robot atau gundam juga hanya boleh dibeli jika untuk anak-anak.

Selain itu, beliau juga melarang patung berkenaan diletakkan di dinding rumah atau almari sebagai perhiasan.