“Jangan Normalisasikan!” – Ramai ‘Influencer’ Lelaki Pakai Ala-Ala Busana Wanita Di AJL, Netizen Minta JAKIM Ambil Tindakan

LocalPolitics
17 Feb 2025 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam, anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) telah pun berlangsung dan penyanyi, Marsha Milan berjaya memenangi tempat juara dengan membawa lagu Hening Rindu.

Lelaki pakai busana wanita di AJL

Biarpun anugerah tersebut disambut dengan besar-besaran dan meriah, tetapi timbul juga pertikaian ramai selepas tular video memaparkan beberapa influencer lelaki memakai busana ala-ala wanita, malah bersolek tebal.

Ramai yang meluahkan rasa kurang selesa apabila pempengaruh-pempengaruh tersebut kelihatan begitu terbuka berpenampilan seperti itu.

‘Jangan normalisasikan, JAKIM kena ambil tindakan’

Bahkan, netizen merasakan perkara ini tidak sepatutnya dinormalisasikan dan meminta agar Menteri Agama dan pihak JAKIM memantau isu ini lebih rapat.

image is not available

Bahkan, seorang ahli akademik, Dr Ahmad Sanusi Azmi di laman Facebook turut berkongsikan sumber hadis yang menyatakan larangan untuk lelaki beragama Islam menyerupai seperti seorang wanita.

image is not available 2 years ago

"Aku Tetap Islam Walupun Maknyah.." - Sajat Bertegas Tak Duakan Islam Walapun Pilih Jadi Wanita