Thalita Menangis Ketika Marsha Nyanyi Lagu Hening Rindu, Shuib Tampil Perjelaskan Sebab

Entertainment
17 Feb 2025 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara perkara yang menjadi tumpuan dalam pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) malam tadi adalah reaksi spontan anak Shuib iaitu Thalita yang menangis ketika Marsha mempersembahkan lagu Hening Rindu.

Disebabkan itu, Shuib atau Shahmira Muhamad 41, menjelaskan bahawa pembawaan Marsha itu cukup menyentuh hati sehingga anaknya itu gagal menahan air mata.

image is not available

Malah, pengalaman Thalita yang pertama kali menyaksikan AJL secara langsung juga dilihat seperti sungguh bermakna buat Thalita yang turut terkenang arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah.

“Dia menangis mungkin sebab mendalami lirik lagu tersebut. Pembawaan Marsha sangat menakjubkan sehingga buat Thalita rasa sayu. Ini pertama kali dia berada di pentas AJL dan dia tahu ibunya pernah berada di situ. Mungkin dia juga terkenangkan tu.”

image is not available

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan anaknya itu dapat mengawal perasaan dengan baik, malah Shuib menyatakan bahawa persembahan Marsha juga memberi kesan tersendiri kepada dirinya yang pernah menyaksikan arwah Siti Sarah bersaing di pentas sama.

“Dari awal lagi saya sendiri pun nak nangis. Pentas itu seakan sama seperti persembahan Sarah. Cuma dia pakai baju putih dan Marsha pula baju hitam.”

Sebagai rujukan, Thalita merupakan anak hasil perkahwinan Shuib dan Siri Sarah yang meninggal dunia pada 2 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.