“Jangan pandang rendah kalau aku tengah diam” – Mimi Lana Dakwa Ada Pihak Nak Tambah Beban Ujian

Entertainment
6 Sep 2023 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih belum reda dengan rasa kecewa kerana pernikahan dibatalkan, pelakon Mimi Lana ada membuat satu perkongsian menerusi platform media sosial X yang menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, berdasarkan permantauan kami, perkongsian di platform asal itu sepertinya sudah dipadamkan.

Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa kecewa bahawa dirinya tidak pernah kacau hidup orang apatah lagi menyakiti hati orang.

Dengan sinisnya, dia berterima kasih kepada sesetengah pihak yang telah menimbulkan satu lagi masalah di kala dirinya sedang hadapi ujian berat. Dia juga menggesa pihak tersebut agar tidak mencabar kesabarannya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan posting tersebut ditujukan kepada siapa dan berkenaan dengan isu apa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sebagai rujukan, sebelum ini, Mimi Lana dilanda kontroversi susulan dengan pembatalan perkahwinannya bersama pelakon Syafiq Kyle.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.