Jangan Pandu Secara Santai Di Lorong Kanan, Boleh Kena Saman Sampai RM2,000

LocalCars
4 Feb 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh dikenakan saman sehingga RM2,000 jika didapati memandu secara santai di lorong kanan terutama di lebuh raya.

Kebanyakan pemandu dikesan memandu perlahan di lorong tengah atau lorong kanan yang sepatutnya dikhaskan untuk kenderaan memotong atau bergerak laju.

Sikap yang dikenali sebagai lane hogging, bukan sahaja menyusahkan pengguna lain, malah meningkatkan risiko kemalangan.

image is not availableimage is not available

Malah, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sikap lane hogging adalah tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Tindakansaman dan kompaun antara RM300 hingga RM2,000 boleh dikenakan kepada pemandu yang didapati bersalah," katanya.