“Jangan Panggil Abang Iqbal, Iqbal, Awak Atau Bos. Panggil Encik Atau Tuan” – Iqbal Zulkefli

5 Jul 2023 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sedang mencari individu yang mahukan pekerjaan dan ingin bekerja bersama dalam syarikatnya.

Bagaimanapun, kriteria yang Iqbal mahu telah menarik perhatian ramai dan rata-rata merasakan salah satu syarat yang diletakkan tidak relevan untuk seseorang yang mahukan pekerjaan.

Jangan panggil abang Iqbal, Iqbal, awak atau bos. Panggil encik atau tuan.

Menurut Iqbal, dalam soal pekerjaan panggilan seperti ‘abang’, ‘awak’ atau ‘bos’ tidak sesuai untuk digunakan dan dia turut yakin majikan lain juga merasakan hal yang sama.

Dalam pada masa yang sama, Iqbal turut memberi nasihat agar tidak meletakkan alasan untuk bekerja seperti mahukan duit untuk bantu keluarga kerana ia dianggap tidak profesional.

image is not available

Sebelum ini, bisnes usahawan ini menjadi tanda tanya buat para netizen kerana dia sama sekali tidak pernah mendedahkan perniagaan yang dilakukan secara terbuka.

Susulan itu, Iqbal membuat satu hantaran di Instagram memberitahu bahawa perniagaan yang dilakukan adalah berasaskan produk penjagaan kulit dan minyak wangi.

image is not available 22 hours ago

"Saya Sukakan Wanita Garang.." - Terlalu Sunyi, Iqbal Sudi Jadi Peneman Hidup Inspektor Sheila