Jangan panik lihat pesawat TUDM terbang rendah di Sabah, Labuan esok

11 Oct 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan panik lihat pesawat TUDM terbang rendah di Sabah, Labuan esok

PETALING JAYA – Orang ramai di sekitar Labuan dan Kota Belud, Sabah dinasihatkan agar tidak panik sekiranya melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah mulai esok hingga 20 Oktober ini.

TUDM dalam kenyataannya memaklumkan, penerbangan itu merupakan sebahagian daripada latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 2/26 yang berlangsung dari 12 hingga 20 Oktober ini.

Latihan tersebut melibatkan kerjasama antara Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi meningkatkan kebolehoperasian bersama antara ketiga-tiga perkhidmatan.

Selain itu, latihan tersebut bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan pelaksanaan penugasan operasi bersama di peringkat taktikal.

Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal pada altitud rendah, selain pergerakan aset-aset maritim di kawasan latihan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta kekal tenang sekiranya menyaksikan aktiviti penerbangan rendah atau kehadiran aset-aset pertahanan negara di kawasan terlibat sepanjang tempoh latihan.

Latihan AMTOP Siri 2/26 merupakan antara usaha memperkukuh kerjasama operasi antara cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dalam memastikan kesiapsiagaan menghadapi keperluan operasi taktikal. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan panik lihat pesawat TUDM terbang rendah di Sabah, Labuan esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved