Jangan panik nampak konvoi tentera, bunyi letupan di Melaka, Kedah

2 Oct 2026 • 11:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan panik nampak konvoi tentera, bunyi letupan di Melaka, Kedah

PETALING JAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 10 Briged (Para) kini sedang melaksanakan Eksesais Linud Malindo 2026 bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) di sekitar Kem Terendak, Melaka dan Kawasan Am Yan, Kedah.

Eksesais berkenaan berlangsung bermula 26 September hingga 5 Oktober ini, dengan fasa serangan akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Kawasan Am Yan, Kedah.

Menurut TDM, segala aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada senario latihan ketenteraan yang dirancang rapi dengan pematuhan mutlak terhadap parameter keselamatan awam.

“Masyarakat dinasihatkan agar kekal tenang dan tidak cemas dengan peningkatan pergerakan anggota tentera bersenjata, konvoi taktikal kenderaan berat serta bunyi letupan terkawal di kawasan berkenaan.

“TDM amat menghargai kefahaman dan kerjasama utuh daripada pihak berkuasa negeri serta komuniti setempat bagi memastikan kelancaran eksesais ini tanpa menjejaskan ketenteraman harian demi kelangsungan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan panik nampak konvoi tentera, bunyi letupan di Melaka, Kedah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved