
Jangan Pelik, Ini Beza Perkataan 'Piknik' Dan "Berkelah' Yang Ramai Tak Sedar
Tidak seperti dahulu, perkataan atau frasa dalam Bahasa Melayu hari ini lebih banyak digunakan secara meluas. Bahkan setiap perkataan baharu 'muncul' dipengaruhi bahasa asing.
Antaranya Bahasa Inggeris, Arab, Sanskrit dan juga bahasa-bahasa serantau atau dalam bahasa mudah 'Bahasa Pinjaman.
Perkara ini berlaku secara semula jadi apabila masyarakat bergaul, berdagang, belajar dan terdedah dengan pelbagai budaya.
Secara tidak langsung Bahasa Melayu akan berasimilasi dengan bahasa luar, menjadikan ia lebih mudah digunakan sebagai medium komunikasi.
Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga main peranan untuk susun dan seragamkan istilah supaya lebih teratur dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan.
Menariknya, banyak perkataan pinjaman ni sebenarnya kita guna setiap hari tanpa sedar, sama ada dalam percakapan, penulisan atau media sosial.
Jadi, bahasa pinjaman ni bukan sesuatu yang pelik, tapi lebih kepada bukti yang bahasa Melayu sentiasa berkembang ikut perubahan zaman.
Bahasa Melayu Semakin Berkembang
Baru-baru ini, ramai masyarakat terkejut mengetahui sebenarnya bahawa wujudnya perkataan 'piknik' dalam Bahasa Melayu sedangkan telah mempunyai perkataan 'berkelah'.
Malah ada yang keliru, adakah ia mempunyai maksud yang sama?
Menerusi perkongsian video oleh @zhiddinaziz di Facebook, beliau menjelaskan bahawa penggunaan bahasa pinjaman dalam Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang salah atau memalukan.
Sebaliknya, ia merupakan tanda bahawa bahasa Melayu sentiasa berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman serta pengaruh persekitaran.
"Bahasa yang dipinjam hanyalah apa yang kita belum miliki,” ujarnya.
Apa Beza Perkataan 'Piknik dan 'Berkelah'?
Dalam perbincangan tentang penggunaan bahasa pinjaman, perkataan 'piknik' turut menjadi antara contoh yang menarik perhatian ramai.
Ia sering menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat kerana wujudnya perkataan Melayu iaitu 'berkelah' yang sudah lama digunakan.
Menurut pandangan yang dikongsikan, 'piknik' merujuk kepada aktiviti santai di luar rumah yang biasanya tidak melibatkan mandi-manda.

Dalam konteks penulisan berita, istilah ini juga sering digunakan apabila sesuatu aktiviti riadah dilakukan sekadar makan-makan, berehat atau bersantai di kawasan terbuka tanpa aktiviti air.
Sebaliknya, jika sesuatu aktiviti itu melibatkan mandi-manda seperti di pantai, air terjun atau sungai, penulis lebih cenderung menggunakan istilah 'berkelah' kerana ia lebih dekat dengan budaya dan kebiasaan masyarakat Melayu.

“Orang Barat susah untuk jumpa tempat seperti pantai, sungai atau air terjun, jadi ‘piknik’ bagi mereka lebih kepada aktiviti duduk santai di tengah padang.
Kita meminjam perkataan ‘piknik’ kerana bahasa Melayu sebelum ini tidak mempunyai istilah khusus untuk menggambarkan konsep tersebut,” katanya.
Apabila budaya tersebut semakin meluas dan diamalkan dalam masyarakat, barulah perkataan itu dipinjam dan diperkenalkan ke dalam bahasa kita.
Baca juga:Selain perkataan 'piknik', dia juga memberikan contoh lain seperti perkataan 'ilusi' dan 'khayalan' yang juga mempunyai disangka sama namun berbeza.
Sebagai contoh, penggunaan perkataan 'ilusi' yang dipinjam daripada bahasa asing sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sedangkan dalam bahasa Melayu sudah wujud perkataan 'khayalan' yang membawa maksud hampir serupa.
Beliau menjelaskan bahawa 'ilusi' sebenarnya mempunyai makna yang lebih khusus, iaitu berkaitan psikologi dan persepsi terhadap sesuatu yang tidak wujud secara nyata.
Begitu juga dengan perkataan 'risiko' yang sering disalah faham sebagai 'bahaya', sedangkan maksudnya lebih kepada kemungkinan atau potensi sesuatu perkara yang boleh membawa kepada bahaya, terutamanya dalam konteks teknikal atau penilaian keadaan.

