“Jangan percaya dia!” – Rakyat Indonesia Dakwa ‘Abu Janda’ Sengaja Cetus Provokasi Melampau Terhadap Malaysia

LocalPolitics
13 Mar 2026 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Nama aktivis media sosial Indonesia, Abu Janda, sekali lagi menjadi sebutan dan mencetuskan kemarahan luar biasa selepas tular satu klip video memaparkan kenyataan provokasi melampau yang dikeluarkan olehnya dalam sebuah program bual bicara televisyen baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Abu Janda atau nama sebenarnya Heddy Setya Permadi secara terbuka mengeluarkan kenyataan berani mati mahu berperang dengan Malaysia selain mempertahankan tindakan rejim Israel.

Dalam program Rakyat Bersuara yang disiarkan oleh iNews, Abu Janda dilihat begitu bersemangat menyatakan kesediaannya untuk berperang dengan Malaysia demi mempertahankan ideologinya.

— isu apa hari ini (@dahfollowbelum) March 12, 2026

“Saya yakin demi Allah demi Rasulullah, pasti kita rela banget, ikhlas banget perang sama Malaysia, bener nggak? Kita diserang terus!” katanya dalam nada menjerit sambil memegang mikrofon.

Bukan itu sahaja, dia turut menyentuh isu konflik di Timur Tengah dengan mendakwa bahawa pihak Arab yang memulakan serangan terhadap Israel sejak tahun 1948 dan 1967, sekali gus mempertahankan tindakan ketenteraan Israel atas alasan “menjamin keamanan”.

Rakyat Indonesia Sendiri Tak Setuju & Gelarnya ‘Sampah’?

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut nampaknya “makan tuan”. Tinjauan di platform media sosial mendapati rata-rata rakyat Indonesia sendiri berasa malu dan jijik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tersebut. Mereka secara terbuka menolak Abu Janda sebagai wakil suara rakyat Indonesia dan melabelnya dengan pelbagai gelaran negatif.

image is not available

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat ribuan perkongsian dengan pelbagai komen kecaman daripada netizen kedua-dua buah negara.

Kebanyakannya menyifatkan Abu Janda sebagai individu yang hanya mencari perhatian (attention seeker) dan sengaja mencetuskan provokasi demi kepentingan peribadi.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.