
Jangan Pernah Simpan 9 Makanan Ini Dalam Freezer
Peti sejuk beku sememangnya sangat berguna kita menyimpan makanan supaya kualitinya terjaga dan tahan lebih lama.
Secara teknikal, hampir semua makanan boleh dibekukan. Tetapi sebenarnya, tidak semua jenis makanan sesuai dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.
Anda perlu tahu makanan mana yang perlu dielakkan daripada dibekukan. Ini kerana sesetengah makanan akan kehilangan rasa, tekstur dan kualiti apabila dibekukan.
Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan sembilan jenis makanan yang perlu dielakkan daripada disimpan dalam peti sejuk beku di rumah anda.
Susu
Apabila susu dibekukan, lemak dalam susu akan terpisah daripada air sehingga mengubah bentuk dan rasa asalnya.
Ini kerana, selepas dikeluarkan dari sejuk beku, susu akan jadi berketul-ketul dan bertekstur kasar atau separa beku.
Jadi, jika susu hampir ke tarikh luput, lebih baik buang dan beli yang baru kerana membekukannya hanya akan merosakkan kualiti.
Timun
Ramai yang tidak tahu bahawa timun mempunyai kandungan air yang tinggi untuk mengekalkan kesegaran dan bentuknya.
Apabila dibekukan, kristal ais akan terbentuk dan menyebabkan teksturnya menjadi lembik selepas dikeluarkan dari sejuk beku.
Tapi, anda masih boleh membekukan timun yang telah dihiris atau dikisar, asalkan dilakukan dengan cara yang betul.
Jenis salad tertentu
Sayur salad seperti romaine mengandungi banyak air dan akan menjadi lembik apabila dikeluarkan semula selepas dibekukan.
Namun, jika anda gunakan untuk masakan seperti sup atau melibatkan sayur berdaun yang lebih keras seperti kubis kerinting (kale) atau kubis merah Itali (radicchio), ia masih boleh dibekukan.
Makanan laut yang sudah dibekukan
Makanan laut segar boleh dibekukan sekali tanpa masalah. Namun, selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku, anda perlu masak segera.
Jika dibekukan semula, kualitinya akan merosot dan risiko pembiakan bakteria meningkat terutamanya jika diletakkan pada suhu bilik.
Kebanyakan makanan laut di pasar raya sebenarnya telah dibekukan untuk tujuan penghantaran dan dinyahbeku sebelum dipamerkan, jadi elakkan memasukkannya semula ke dalam peti sejuk beku.
Pasta yang telah dimasak
Pasta yang telah dimasak, dibekukan dan kemudian dipanaskan semula akan menjadi terlalu lembik sehingga menghilangkan rasa asal.
Jika anda terpaksa membekukan pasta, pastikan masak dengan cara separuh lembut (al dente) sebelum dibekukan.
Kentang mentah
Kentang mentah tidak sesuai dibekukan kerana kandungan airnya yang tinggi dan akan merosakkan tekstur selepas dinyahbeku.
Sebaliknya, anda boleh cuba blanch (celur), lenyek atau panggang kentang sebelum membekukannya bagi mengekalkan rasa dan kualitinya.
Minuman bergas (soda) dan makanan dalam tin
Jangan bekukan minuman bergas di dalam tin untuk sejukkan dengan cepat kerana kandungan dalam tin akan mengembang lalu menyebabkan letupan.
Jika mahu sejukkan segera, tuangkan ke dalam bekas selamat beku atau gunakan ais bagi mengelakkan air cepat rosak.
Makanan bergoreng
Kentang goreng atau makanan bergoreng akan menjadi lembik selepas dibekukan dan dinyahbeku kerana kelembapan yang terkumpul menghilangkan kerangupan.
Ini kerana, minyak gorengan juga mungkin tidak membeku sepenuhnya dan boleh menjadi berbau apabila dibiarkan lama.
Jeli (Jell-O)
Jeli berasaskan gelatin apabila dibekukan akan kehilangan bentuk asalnya, lalu menjadi berair dan kurang kenyal selepas dinyahbeku.
Walaupun ada antara kita yang suka tekstur jeli beku yang lebih kenyal, kebanyakan orang akan mendapati rasanya tidak sama seperti asal.
Sumber: Mental Floss
The post Jangan Pernah Simpan 9 Makanan Ini Dalam Freezer appeared first on Siakap Keli.



