“Kenapa Lelaki Baik Tak Menang Dalam Cerita Cinta?”

Opinion
8 Aug 2025 • 12:00 PM MYT
Tulislepasgeram
Tulislepasgeram

A young writer with a big heart, sharing stories through a different lens.

Image from: “Kenapa Lelaki Baik Tak Menang Dalam Cerita Cinta?”
Photo by Jake Nebov on Unsplash

Kita semua ada seorang ‘lelaki baik’ dalam hidup kita. Lelaki yang tak pernah gagal tanya,

”Dah makan?”

“Drive elok-elok.”

“Kalau penat, rehat dulu.”

Dia lelaki yang tahu kita suka Milo pekat dua sudu, yang akan tolong baiki printer walaupun itu bukan kerja dia, yang hafal cara kita suka telur mata—kuning cair, tak terlalu garing.

Lelaki yang selalu ada… tapi tak pernah dipilih. Kenapa, ya?

Kenapa akhirnya kita tetap pilih lelaki yang bagi “hi” seminggu sekali, yang suka buat kita keliru, tapi buat jantung kita berdegup macam nak pecah setiap kali dia balas mesej?

Kenapa lelaki yang sabar layan cerita kita pasal ex, ya?

Photo by 愚木混株 Yumu on Unsplash
Photo by 愚木混株 Yumu on Unsplash

Sebab lelaki baik tak pandai main tarik tali.

Dia tak manipulasi emosi kita.

Dia tak ‘ghosting’, tak biarkan kita tertanya-tanya sampai kita buka tarot card pukul 2 pagi cari jawapan.

Dia tak buat kita menangis dengar ‘Aku Bukan Untukmu’ sambil pegang phone,

harap ada notifikasi dari seseorang yang kita tahu pun takkan muncul.

Dia terlalu jelas. Terlalu stabil. Terlalu ada.

Sampai kita rasa —

“Nanti pun boleh.”

“Sebab dia akan ada, selamanya.”

Tapi… hati kita ni pelik. Kita kejar yang lari.

Kita lari dari yang sudi. Kita cari yang buat kita rasa tak cukup, sebab kononnya itu ‘cinta’.

Kita abaikan yang dah cukup segalanya — sebab dia tak buat kita resah.

Photo by refargotohp on Unsplash
Photo by refargotohp on Unsplash

Dan akhirnya…

Bila orang yang kita kejar selama ini memilih untuk lari terus tanpa menoleh ke belakang,

bila harapan yang kita simpan pecah berderai dalam genggaman,

bila hati kita patah dan kita tak tahu macam mana nak kutip semula serpihannya,

bila dunia tiba-tiba rasa begitu sunyi walaupun ramai orang di sekeliling,

bila suara kita tak ada siapa yang sudi dengar,

dan bila air mata jadi teman paling setia setiap malam…

Kita akan mula cari dia semula.

Lelaki yang selalu ada. Yang kita pernah pandang sebelah mata. Yang kita pernah anggap terlalu 'biasa'.

Yang kita pernah tinggalkan demi seseorang yang tak pernah benar-benar hargai kita. Kita akan cari ‘comfort zone’ yang pernah kita abaikan.

Tempat yang dulu kita rasa membosankan, tapi sebenarnya paling selamat. Paling tenang. Paling ikhlas. Tapi selalunya… waktu tu dia dah penat.

Penat jadi pelangi untuk seseorang yang hanya menunggu ribut reda baru datang semula. Dia dah letih jadi tempat persinggahan bila semua jalan lain tak menjadi.

Dia dah berhenti menunggu, bukan sebab dia tak sayang… tapi sebab dia dah terlalu banyak kali meletakkan diri sendiri di tempat yang tak pernah dipilih.

Atau paling menyedihkan…

Dia dah simpan rasa tu terlalu lama,

dalam diam, dalam sabar, dalam doa yang tak pernah didengar, sampai akhirnya rasa tu… mati perlahan-lahan.

Tanpa bunyi. Tanpa tangisan. Tanpa peluang kedua. Dan waktu tu, barulah kita sedar… Yang lelaki baik pun… ada hadnya.

Dan bila dia hilang… barulah kita tahu,

yang sebenarnya, dialah satu-satunya yang tak pernah tinggalkan kita –

sampailah kita sendiri yang buat dia pergi.

Photo by Kajetan Sumila on Unsplash
Photo by Kajetan Sumila on Unsplash

Lelaki baik tak minta banyak. Dia tak perlukan sanjungan, tak cari spotlight untuk buktikan kasihnya.

Dia cuma nak rasa dihargai, walau sekadar dengan senyuman dan ucapan "terima kasih" yang tulus. Nak rasa cukup, walaupun dia bukan lelaki yang bergaya dengan jam mahal dan kasut berjenama.

Dia tak pandai susun kata-kata manis macam pujangga, tapi dia tahu bila kita kepenatan hanya melalui nada suara.

Dia tak bagi bunga setiap minggu, tapi dia simpan duit itu untuk beli ubat kita bila kita demam. Dia tak rakam video couple aesthetic untuk tunjuk satu dunia, tapi dia simpan semua mesej kita dari hari pertama kenal sampai sekarang.

Dia tak ajak pergi candlelight dinner di restoran mewah, tapi dia sanggup teman kita duduk bersila tepi jalan, makan nasi lemak bungkus sambil dengar kita mengeluh pasal kerja.

Dan walaupun dia letih, dia tak pernah buat kita rasa keseorangan. Tapi dalam dunia sekarang, usaha jujur itu dianggap 'bosan'.

Perhatian kecil dilihat 'tak cukup effort'.

Setia yang sunyi dilabel 'kurang romantik'.

Kerana kini, cinta dikaburi oleh filter dan pujian palsu. Lelaki yang bijak bergaya, tahu sudut gambar yang sempurna, pandai susun caption puitis seolah cinta itu lukisan mahal—

mereka mudah menang hati.

Lelaki baik tak pandai drama. Dia tak tahu cara buat kita jealous dengan perempuan lain,

sebab dalam fikirannya, buat apa lukakan hati orang yang dia nak lindungi?

Tapi sayangnya, lelaki macam ni selalu kalah dalam cerita cinta. Bukan sebab dia tak cukup baik. Tapi sebab dunia terlalu sibuk mencari ‘wow’ hingga terlupa erti ‘cukup’.

Photo by Satyam Pathak on Unsplash
Photo by Satyam Pathak on Unsplash

Artikel ini bukan sekadar untuk lelaki baik. Tapi untuk kita semua. Untuk sesiapa yang pernah ambil mudah pada orang yang selalu ada.

Untuk hati yang selalu fikir, “Kalau dia betul suka aku, dia takkan pergi.” sebelum kita buang orang yang selalu cari kita dulu,

yang selalu buat lebih walau kita beri kurang,

ingatlah...

Cinta yang tenang mungkin tak buat kita berdebar, tapi dia akan buat kita bertahan.

Sebab yang buat kita bahagia bukan yang pandai main kata-kata, tapi yang tahu setia —

walau kita tak pernah minta apa-apa.

Dan kalau hari ini kamu ada lelaki baik yang diam-diam jaga kamu, yang sentiasa ada tapi kamu belum pernah beri peluang…

Mungkin, inilah masa untuk pandang dia sekali lagi. Betul-betul. Dengan hati yang sedar, bukan hati yang serabut.

Sebab sesetengah lelaki,

bila dia dah berhenti…

dia takkan patah balik.


Tulislepasgeram (delinsly30@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.