
Baru-baru ini, kecoh di platform TikTok satu video memaparkan wanita berniqab yang merupakan instructor zumba sakan mengajar ‘anak muridnya’ langkah-langkah senaman aerobik sambil menari-menari.
Susulan tular di platform tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat kelakuan wanita terbabit biarpun menari sambil memakai baju longgar berserta niqab.
Ada beberapa individu yang merasakan wanita itu seolah-olah perlekehkan serta menjatuhkan kemuliaan pakaian Sayyidatina Fatimah Az Zahra.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang meluahkan rasa malu untuk wanita berniqab itu kerana melenton-lentokkan badannya, lalu dipertontonkan kepada netizen.

Bagaimanapun, ada juga beberapa individu yang bersikap terbuka dengan memuji instructor tersebut kerana masih menutup aurat dengan sempurna biarpun sedang bersenam.
"Aku Galak Ke, Masalah Aku Bukan Masalah Kau" - Jadi Trend Niqabis 'Live' Pukul 2,3 Pagi Buat Suara Manja Menggedik
The post “Jangan Persenda Pakaian Fatimah Az Zahra!” – Wanita Berniqab ‘Up’ Video Galak Berzumba, Netizen Yang Segan Tengok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

