Netizen Tegur Wanita Berpurdah Galak Berzumba, Ada Yang Sokong Asalkan Tutup Aurat

2 Nov 2023 • 2:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh di media sosial sekarang ini video menunjukkan seorang wanita berpurdah menjadi instructor zumba. Ala senaman aerobik sambil menari-nari tu…

Menerusi video tular, kelihatan wanita itu menggerakkan badan mengikut muzik sambil memakai niqab dan baju longgar.

Ada yang mengkritik tindakan ini yang dianggap mencemar, memperlekeh serta menjatuhkan kemuliaan pakaian Sayyidatina Fatimah Az Zahra.

image is not available

Lagi pun, seorang wanita Islam memang diharamkan daripada meliuk lentok di hadapan ajnabi kan? Tetapi ada juga yang bersikap terbuka memuji instructor zumba berkenaan menutup aurat dengan sempurna ketika bersenam.

image is not available

image is not available

image is not available

Aik macam tu pun ada? Di ruangan komen, netizen bersetuju tindakan wanita ini telah mengundang pandangan serong masyarakat kepada wanita berpurdah. Nampaknya kena kaji semula apa tujuan memakai niqab kan?

Kredit: TikTok @ukhtie_nur

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.