Jangan politikkan isu Zara Qairina, beri ruang polis siasat – Fadillah

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 2:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

“Seperti kita maklum, pihak polis Bukit Aman sudah mengambil alih kes ini dan siasatan sedang berjalan.
“Forensik sudah menjalankan bedah siasat dan tindakan susulan sedang diambil terhadap kelemahan yang dikenal pasti sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Bicara Eksekutif MADANI di Dewan Utama Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak, hari ini.

image is not available

Fadillah berkata demikian ketika mengulas mengenai kebangkitan rakyat yang menyuarakan keadilan melalui kempen Justice For Zara.

Jangan politikkan isu Zara Qairina

Menurut beliau, perkara paling penting kini adalah memberi kepercayaan kepada sistem keadilan negara untuk menyelesaikan kes itu tanpa tekanan luar atau sentimen yang boleh mengganggu proses undang-undang.

“Kita perlu biarkan siasatan ini berjalan seperti biasa, melalui saluran undang-undang dan tindakan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Janganlah kita mengambil kesempatan untuk menyebarkan sentimen yang boleh memporak-perandakan negara,” katanya.

image is not available

Foto: Kosmo

Beliau turut mengingatkan penyebaran sentimen negatif bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian awam, malah menghakis keyakinan terhadap institusi kehakiman dan polis.

“Sebaiknya kita beri ruang untuk siasatan ini dijalankan dengan telus dan jika benar berlaku ketidakadilan, kita ada saluran dan ruang undang-undang untuk ambil tindakan sewajarnya.
“Sebarang kelemahan atau kecuaian yang terbukti perlu diambil tindakan dan rakyat harus diyakinkan bahawa sistem negara mampu menegakkan keadilan apabila diberi peluang melakukannya,” katanya lagi.

image is not available

Dalam masa sama, beliau menyeru masyarakat tidak menjadikan isu itu sebagai modal politik atau alat untuk menyemai perpecahan.

“Saya percaya pihak berkuasa akan meneliti kes ini secara serius dan biarlah prosesnya berjalan sebelum keputusan disampaikan kepada rakyat apabila semuanya selesai,”ujar beliau.

Sumber: BH Online (Mohd Roji Kawi)