
MEMBAKUT: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Membakut membuat laporan polis pada Selasa berhubung hantaran di Facebook yang mengaitkan kematian Zara Qairina Mahathir, 13, dengan anak perempuan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Arifin Mohd Arif.
Setiausahanya, Mohd Shamsul Husry Abdul Wahid, berkata hantaran berkenaan sarat dengan tuduhan palsu, fitnah dan cubaan merosakkan reputasi Exco Pendidikan berkenaan.
Katanya, dakwaan itu tidak benar, berbaur provokasi serta boleh menimbulkan persepsi negatif selain mengganggu siasatan kematian Zara.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Seperti dinyatakan Dr Arifin pada 9 Ogos lalu, Farisya Maisara bukan anak beliau dan tiada seorang pun daripada anaknya pernah bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar,” katanya.
Beliau menyifatkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu sebagai hasutan jahat yang mengancam keselamatan serta maruah keluarga mangsa dan pihak yang dituduh.
Mohd Shamsul menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan, sambil memaklumkan peguam mereka sedang meneliti tindakan undang-undang selanjutnya.
Beliau turut menasihati orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan fitnah berhubung kes itu.
Katanya, bahagian itu mahu siasatan segera terhadap beberapa pemilik akaun Facebook lain yang turut menyiarkan kenyataan berbaur fitnah, selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.
Di Beaufort, beberapa ahli jawatankuasa Gagasan Rakyat Membakut turut membuat laporan polis diketuai Ketua Penerangannya, Awang Daud Ag Anak, yang menafikan penglibatan anak Dr Arifin dalam kes buli tersebut.
“Kami mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah di media sosial terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut,” katanya.
Sebanyak tujuh cawangan bahagian itu membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

