Jangan Risau, Harga Petrol, Diesel Kekal

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2024 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa ketiga-tiga bahan api tidak menyaksikan sebarang kenaikan harga bermula dari esok hingga 2 Oktober ini.

Berikut adalah harga runcit produk petroleum:

i. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter;

ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter; dan

iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.