“Jangan Risau” – Tampil Yakin, G-Dragon Sukarela Hadiri Siasatan Atas Tuduhan Mengambil Dadah

6 Nov 2023 • 2:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Betul la orang cakap, kalau tak salah, kenapa nak kena takut kan?

Terbaru pada 6 November, G-Dragon yang menghadapi dakwaan penggunaan dadah, telah secara sukarela hadir di balai polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Sebelum masuk ke Balai Polis Incheon Nonhyeon, ahli BIGBANG itu menjawab beberapa soalan wartawan. Ketika ditanya tentang dakwaan menggunakan dadah yang dibuat ke atasnya, lelaki itu dengan tegas menjawab,

Saya tidak ada kaitan dengan jenayah berkaitan dadah. Itulah sebabnya saya di sini untuk membersihkan nama saya. Saya lebih suka untuk menjalankan siasatan dengan cepat daripada bercakap di sini.

Kemudian mengenai apa yang dia ingin katakan kepada peminatnya, G-Dragon berkata,

Jangan terlalu risau. Saya akan kembali selepas melakukan siasatan.

Semoga kebenaran akan terbongkar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.