“Jangan Salah Faham, Saya Belum Bertudung” - Madammu

11 Mar 2025 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penampilan usahawan kosmetik, Madammu yang berhijab selepas pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini menarik perhatian netizen.
 

Belum berhijab sepenuhnya

Bagaimanapun, Madammu menerusi sesi siaran langsung di TikTok memaklumkan dia masih belum berhijab sepenuhnya.

“Saya belum pakai tudung lagi. Sebenarnya saya belum buat keputusan lagi sama ada mahu bertudung atau tidak,” ujarnya.

 


Doakan yang baik-baik


Dalam pada itu, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri memohon agar netizen meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya meskipun mereka menyukai dengan penampilan terkininya itu.

“Jangan salah faham dan jangan letak harapan sebab saya pun manusia biasa. Saya pun ada proses proses nak belajar.

“Salah satu sebab saya belum buka tudung sebab saya belum pergi ke salun lagi dan rambut saya pendek,” ulasnya.

 

 

 

 


ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Perli Madammu Salah Sebut ‘Pearl’, Tapi Beri Nasihat Tentang Fesyen - “Sebut Pearl Pun Nda Lepas”

Terdahulu, Madammu sebelum ini pernah tular apabila ada netizen menyindirnya dengan gelaran ‘Terpaling Pearl’.

Gelaran itu diberikan kepadanya hanya kerana usahawan cantik ini memberikan pandangan dengan mengatakan perhiasan jenis mutiara tidak sesuai dipadankan dengan fabrik denim.