‘Jangan Salah Guna Nama PMO, Tindakan Tegas Akan Diambil!’

Politics
15 Mar 2023 • 8:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pejabat Perdana Menteri - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Tindakan lanjut termasuk dari sudut perundangan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyalahgunakan kedudukan atau nama Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Jurucakap PMO berkata, mereka memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak itu.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab, sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti PMO dan institusi kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nama PMO sejak beberapa lama sering menjadi mangsa penyalahgunaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebar info dan maklumat palsu.

Selain PMO, Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga sering terjebak dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Terbaru, ia sekali lagi disalah guna menerusi hebahan palsu mengenai cuti umum, susulan kemenangan aktres kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi 2023.

Dakwa kenyataan palsu itu, kemenangan Michelle menerusi filem sci-fi, ‘Everything Everywhere All at Once’ adalah kebanggaan negara dan ia wajar diraikan.

Susulan penularan, JPM tampil dengan kenyataan menafikan perkara tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada tangkap layar berita yang tular di media sosial bertajuk ‘ : ‘ !’

“Untuk makluman, berita tersebut adalah ,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved