
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai di kalangan pekerja dan pelajar terutamanya sekitar Lembah Klang yang menggunakan pengangkutan awam seperti MRT (Transit Aliran Deras) serta LRT (Transit Aliran Ringan) untuk ke tempat kerja atau sekolah.
Oleh disebabkan jumlah pengguna yang ramai, setiap penumpang perlulah prihatin dan bertimbang rasa antara satu sama lain. Yang penting, jaga adab! Bagaimanapun, ada juga individu yang tidak berpuas hati apabila penumpang bawa beg ke dalam tren.
Wanita Berang Penumpang LRT Bawa Beg Sandang ‘Besar’ Hingga Langgar Sanggul Tudung
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita mengkritik penumpang LRT yang menggalas beg ‘besar’ di dalam tren.
Malah dia juga mempersoalkan apa yang dibawa penumpang sehingga perlu menggalas backpack berkenaan di dalam pengangkutan awam.
Dakwa wanita itu, beg tersebut ‘memakan’ ruang di dalam tren dan juga telah melanggar sanggul tudungnya.
“Aku nak tanyalah kan, orang yang pergi atau balik kerja bawa bag besar-besar macam ni, korang bawa apa sebenarnya?
“Korang pergi kerja atau pergi sekolah? Kau tahu tak beg macam ni makan ruang dalam tren? Kalau jenis yang tinggi-tinggi ni habis dia langgar sanggul aku. Jangan selfish boleh?” tegurnya.
View on Threads
Daripada pemerhatian kami menerusi foto itu, beg tersebut tidaklah mengganggu penumpang lain memandangkan masih ada ruang luas di antara setiap penumpang di dalam tren.
Namun jika pada waktu puncak (peak hours), anda dinasihatkan untuk meletakkan beg di bahagian bawah untuk memberi ruang penumpang lain masuk ke dalam kereta api.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kena Tempat Bang” – Lelaki Dikritik Buat Pull-up Guna Palang Dalam MRT [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Degil Masuk Koc Wanita Mungkin Berdepan Tindakan Undang-Undang & Denda
Sanggul Lagi Penting Ke? – Netizen
Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen tidak bersetuju apabila penumpang tren digelar pentingkan diri sendiri hanya kerana membawa beg galas belakang.
“Kenapa? Sanggul lagi penting ke? Ada sebab LRT dipanggil sebagai pengangkutan awam. Bukannya pengangkutan peribadi,” kata seorang individu.
“Minta maaf la kak. Barang keperluan dalam beg saya lagi penting. Sanggul awak pula? Apa kebaikannya?” tambah seorang individu.
Ramai Bawa Barang Keperluan Dalam Beg Sandang
Malah ramai juga bersetuju bahawa wanita itu tiada hak untuk mempersoalkan barangan yang dibawa oleh penumpang.
“Baru pertama kali bekerja atau pertama kali nak pengangkutan awam? Kau siapa nak panggil orang selfish? Sesetengah dari kita kena hadap kerja pada waktu itu juga. Situlah nak letak komputer riba, powerbank, pengecas, fail, nota, payung,” ujar seorang wanita.
“Saya pun bawa beg besar. Isi laptop, pengecas, telekung, payung, tisu basah, buku nota, pen, botol air. Jangan penting diri la. Sama-sama guna (LRT), sama-sama bayar tren tu. Kalau rasa tak boleh, kau bawa kereta. Nak sanggul sampai atap kereta pun tak ada siapa boleh langgar,” tegur seorang pengguna Threads.
Sementara itu, ada juga yang dilihat menyindir wanita berkenaan dengan mengatakan mereka akan bawa beg yang lebih besar selepas ini.

Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: “Dekat NY Penuh Tikus” – Mat Saleh Kagum Pengangkutan Tren Di Malaysia Bersih & Tambang Lebih Murah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jijiklah, Ingat Sweet Ke?” – 2 Gadis Cium Mulut Dalam Koc Wanita MRT Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin
