“Jangan sentuh anak-anak aku!”- Daler Yusuf terkilan, netizen tinggalkan komen biadab

LocalFamily & Parenting
7 Feb 2026 • 4:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Daler Yusuf meluahkan rasa kesal terhadap komen negatif di media sosial yang melibatkan anak-anaknya, sambil menegaskan tindakan sedemikian adalah tidak wajar, khususnya apabila menyentuh kanak-kanak.

Menerusi perkongsian di platform Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berkata beliau tidak berdepan masalah menerima kritikan terhadap dirinya, namun tidak dapat menerima apabila anak-anak dijadikan sasaran kecaman.

Daler Yusuf terkilan, netizen tinggalkan komen biadab

image is not available

“Sejak aku tegur tu, setiap hari terima komen berbentuk bencian pada hantaran aku.
“Aku tak kisah kalau orang kecam aku, tapi jangan sentuh anak-anak aku,” katanya.

image is not available

image is not available

Dalam kenyataan sama, Daler menekankan kepentingan menjaga tutur kata, khususnya melibatkan maruah wanita, dan mengingatkan agar tuduhan tanpa bukti tidak dijadikan perkara biasa dalam perbincangan di ruang awam.

“Aku tetap dengan pendirian, lelaki kena jaga mulut bila berurusan dengan perempuan.
“Tak boleh main tuduh perempuan pasal kehamilan luar nikah, pengguguran atau rosakkan maruah dia tanpa bukti. Itu fitnah. Dosa besar,” jelasnya.

image is not available

 

Menurut beliau, budaya menormalisasikan tuduhan melulu dibimbangi memberi kesan negatif kepada golongan muda yang mudah terpengaruh dengan kandungan di media sosial.

“Jangan normalisasikan benda macam ni supaya anak-anak muda ingat ni biasa saja,” katanya lagi.

Daler turut menjelaskan pendiriannya untuk bersuara didorong oleh tanggungjawab sebagai seorang bapa, khususnya dalam memastikan keselamatan dan maruah anak-anaknya terus terpelihara.

“Aku ayah. Aku ada anak perempuan. Dan aku akan terus tegur bila perlu,” tegasnya.

image is not available

Terdahulu, Daler Yusuf berkongsi pandangannya berhubung hantaran yang dimuat naik oleh tunang dan bapa tiri kepada aktres, Puteri Balqis, melibatkan pelakon Mia Sara Nasuha di media sosial masing-masing.

Beliau menyifatkan kandungan tersebut sebagai keterlaluan dan menggunakan nada yang tidak sesuai terhadap seorang gadis yang masih muda, selain menyarankan agar kedua-dua individu terbabit tidak mencampuri urusan peribadi antara Puteri Balqis dan aktres berkenaan.

Sumber: Threads Daler Yusuf