“Jangan sentuh keluarga saya” – Sering Jadi Tumpuan Media, Lee Zii Jia Beri Amaran?

Entertainment
3 Oct 2023 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia sering menjadi sorotan media mengenai prestasinya dalam sukan itu.

Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Zii Jia menegaskan untuk tidak memainkan naratif mengenai keluarganya dan dijadikan sebagai berita seperti mana dirinya.

“Apa yang saya nak jelaskan dekat sini, media boleh tulis apa sahaja tentang saya tidak kira benar atau tidak, tapi satu sahaja jangan sentuh dan sebut tentang keluarga saya.

“Jangan sebut tentang mereka yang saya ambil berat, itu sahaja. Kalau cross that line, saya akan give up anything (dan) chase after you,” katanya tanpa menyatakan isu sebenar atau mana-mana pihak.

@zj_iykmn

” klau u kacau family I, I akan cari you” – Lee zii jia #leeziijia#fyp#fypシ

♬ Car’s Outside (Sped Up Version) – James Arthur

Jelasnya, tidak banyak perkara baru yang berlaku dalam dirinya selepas keluar daripada BAM.

Zii Jia juga mengakui banyak kenyataan yang dikeluarkan tentang dirinya adalah tidak benar namun ia tidak memberi masalah kepadanya.

“Sejak saya keluar dari BAM saya tidak banyak hal yang baru. Saya juga tidak ada (keluarkan) kenyataan banyak, ada yang benar dan ada yang tidak benar.

“Saya tahu ini adalah sebahagian daripada tugas pengamal media. Media boleh laporkan apa sahaja yang mahu,” katanya.

Terdahulu, Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.