“Jangan Takut, Cuma Cat Tertumpah Tak Sengaja” – Iklan Jual Rumah Disangka Mangsa Ceti Haram Ini Cuit Hati Netizen

30 Apr 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umumnya, apabila orang ramai melihat rumah disimbah cat merah, ia sering dikaitkan dengan kegagalan membayar hutang kepada along.

Namun, sebuah iklan lelongan rumah di Facebook menarik perhatian apabila gambar yang dikongsikan jelas menunjukkan tompokan cat merah di kawasan pagar rumah tersebut.

image is not available

Sumber : Facebook 

Rumah teres setingkat di Klang itu bersaiz 1,023 kaki persegi, berstatus freehold, dan ditawarkan untuk dilelong pada harga RM230,000, lebih rendah daripada harga pasaran.

Bagi meyakinkan bakal pembeli, penyiar iklan menjelaskan bahawa tompokan cat merah berkenaan bukanlah berkaitan dengan aktiviti pinjaman haram, sebaliknya hanyalah “tumpahan cat merah yang tidak disengajakan oleh pemilik asal.”

Dia juga memohon maaf kepada pembeli yang berminat kerana pemeriksaan hanya boleh dibuat dari luar rumah sahaja mengikut alamat yang diberikan.

image is not available

Sumber : Facebook 

Iklan berkenaan, yang dimuat naik oleh wakil platform rumah lelong, mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya menganggap ia kelakar kerana pemilik sanggup menjual rumah dalam keadaan sedemikian tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

Caption tu ingat kita baru hidup semalam ke.

Haiya, kalau dengan budak2 tadika boleh la nak goreng.

Ramai turut meragui nilai penjualan rumah itu memandangkan ia sudah dikaitkan dengan sejarah yang mencurigakan dan berisiko menjadi sasaran along pada masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Dia Tenung Saya Lama.." - Wanita Kongsi Pengalaman Seram 'Check In' Hotel Di Jepun, Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel

View Original Article