
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa untuk segera melakukan laporan polis jika mendapati anak bawah umur hamil.
Fadhlina menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya pada hari ini (4 Jun) turut menegaskan agar ibu bapa tidak sesekali menarik semula laporan tersebut walaupun anak menjalinkan hubungan ‘suka sama suka’.
Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) yang akan memfokuskan kepada kes-kes sebegini.
Ramai Ibu Bapa Rasa Malu & Marah Bila Dapat Tahu Anak Bawah Umur Hamil – Fadhlina
Menurutnya, perkara penting yang perlu diutamakan adalah keselamatan selain membantu, mendidik dan menyokong gadis-gadis yang terlanjur ke arah kebaikan serta memastikan pendidikan mereka diteruskan.
Namun antara dilema yang biasanya dihadapi golongan ibu bapa adalah bagaimana mahu menjaga anak mereka ketika menempuh fasa kehamilan.
Ada rasa malu, marah dan amuk yang tidak terungkap. Sabar. Sabar. Sabar. Di sinilah peranan Bayt Al-Rahmah untuk melindungi anak-anak ini.
Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.

Kerajaan Turut Sediakan Sokongan Perlindungan Untuk Anak Bawah Umur Yang Hamil
Jelasnya, gadis yang hamil ini akan ditempatkan di rumah perlindungan dan pusat bimbingan, Bayt Al-Rahmah sehingga saat mereka melahirkan.
“Kerajaan juga menyediakan sokongan perlindungan yang sama. Boleh rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dapatkan perlindungan dibawah institusi kerajaan.”
Ibu Bapa Perlu Bawa Anak Ke Pusat Kesihatan Untuk Buka Buku ‘Pink’
Menerusi perkongsiannya, Fadhlina yang juga pernah mengendalikan rumah perlindungan gadis hamil luar nikah berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan ibu bapa adalah membawa anak mereka ke pusat kesihatan atau klinik desa berhampiran untuk membuka buku ‘pink’.
“Fokus kepada kandungan dan kesihatan anak gadis ini terlebih dahulu. Lebih muda usia anak-anak ini, lebih kritikal kandungan dan kesihatan mereka. Semua sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan bersedia dan mempunyai kepakaran ini,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Buku Pink Penting Buat Ibu Hamil. Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Bukan Penghalang, Doktor Jelaskan Mitos Berkaitan Buku Pink [Video]
Anak Yang Sudah Terlanjur Juga Perlu Dapatkan Perkhidmatan Kaunseling
Tegasnya lagi, si anak juga perlu mendapatkan perkhidmatan kaunseling agar tindakan susulan boleh diambil.
Di Bayt Al- Rahmah, perkhidmatan kaunselor juga disediakan. Mengapa kaunselor sangat penting? Kerana kami memerlukan cerita yang betul dan kisah sebenar untuk membuat tindakan selanjutnya. Anak-anak ini memerlukan masa dan orang yang dipercayai untuk bercerita.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Perlindungan dan sokongan terhadap anak bukan sahaja perlu dititiberatkan sehingga proses kelahiran sahaja, bahkan tempoh selepas melahirkan (post partum) juga adalah sangat kritikal. Jika tidak dijaga dengan baik, anak berkemungkinan mengalami kemurungan.
Baca Artikel Berkaitan: Hamil Anak Luar Nikah, Wanita Di Indonesia Bunuh Bayi Baru Lahir Guna Seluar Dalam
KPM Bantu Anak Bawah Umur Yang Hamil Agar Tidak Tercicir Dalam Pendidikan
Tegas menteri itu, anak-anak gadis ini perlu kembali menyambung pendidikan mereka selepas habis tempoh berpantang. Menurutnya, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana pendidikan adalah kunci untuk keluar dari kitaran keganasan dan kembali menjadi seorang insan.
Bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan membantu golongan tersebut kembali ke sekolah dan memastikan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa keciciran pendidikan.
“Jika ada lagi kes kehamilan luar nikah yang anda tahu, jangan malu untuk menghubungi Bayt Al-Rahmah untuk nasihat. Tidak kira umur berapa pun, mereka sedia membantu.
“Kita sentiasa memikirkan keutamaan menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Ya, kami juga biasa menerima cercaan kerana menyelamatkan anak-anak gadis ini. Tetapi kami sudah tidak peduli. Nyawa ibu dan anak jauh lebih penting daripada semua kutukan itu.
“Di luar sana, ramai anak gadis yang sedang takut dan bimbang tentang kehamilan luar nikah mereka. Apa yang jauh lebih penting adalah kita mengambil sikap preventive (mencegah) dan supportive (mendukung) ketika mencari solusi kepada masalah sosial ini.”
Baca Artikel Berkaitan: Seramai 21,114 Remaja Bawah 19 Tahun Hamil Anak Luar Nikah
Baca Artikel Berkaitan: 67,628 Anak Tidak Sah Taraf Direkodkan Dalam Tempoh 5 Tahun – Timbalan Menteri KDN
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Umur 9 Tahun Paling Muda Terlibat Dengan Kes Hamil Luar Nikah, Jadi Mangsa Abang Kandung



