Jangan tergesa-gesa! Tangguh penghantaran pulang warga Myanmar – Alkhair Malaysia

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 5:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertubuhan Al-Khair Malaysia (AlKhair Malaysia) menggesa kerajaan menangguhkan penghantaran pulang 1,476 warga Myanmar menerusi fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela yang dijadualkan pada 29 September ini.

Gesaan itu dibuat susulan kebimbangan terhadap aspek keselamatan dan keadaan kemanusiaan di Myanmar yang masih berdepan konflik serta keganasan.

Ketua Pegawai Eksekutif AlKhair Malaysia, Azfar Abdullah berkata, setiap individu yang bakal dihantar pulang perlu melalui penilaian risiko dan keperluan perlindungan secara menyeluruh terlebih dahulu.

“Penilaian itu penting khususnya bagi mereka yang mungkin berdepan ancaman penganiayaan, keganasan atau risiko keselamatan sekiranya kembali ke Myanmar.
“Aspek kemanusiaan dan keselamatan individu perlu menjadi pertimbangan utama dalam setiap proses penghantaran pulang, termasuk memastikan tiada individu dihantar ke lokasi yang boleh mendedahkan mereka kepada penganiayaan atau ancaman serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Jangan tergesa-gesa! Tangguh penghantaran pulang warga Myanmar – Alkhair Malaysia

Azfar berkata, walaupun Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951, prinsip tidak menghantar seseorang kembali ke tempat yang boleh menyebabkan mereka berdepan penganiayaan atau ancaman serius perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Kerajaan perlu memastikan penilaian risiko dan keperluan perlindungan dilaksanakan secara telus serta individu demi individu sebelum proses penghantaran pulang kira-kira 5,000 warga Myanmar diteruskan secara berperingkat.
“Proses berkenaan tidak sepatutnya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya mengambil kira aspek pentadbiran atau imigresen,” ujarnya.
Image from: Jangan tergesa-gesa! Tangguh penghantaran pulang warga Myanmar – Alkhair Malaysia

Foto arkib: AFP

Sebaliknya, Azfar berkata, faktor keselamatan, keadaan kemanusiaan serta risiko yang bakal dihadapi setiap individu apabila kembali ke negara asal turut perlu dipertimbangkan.

“Pendekatan berteraskan kemanusiaan, keselamatan dan maruah manusia perlu menjadi asas dalam memastikan sebarang keputusan penghantaran pulang tidak mendedahkan golongan rentan kepada risiko yang lebih besar,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Alkhair Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved