Anwar bakal undang Presiden Myanmar, bincang proses percepat hantar pulang Rohingya

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar bakal undang Presiden Myanmar, bincang proses percepat hantar pulang Rohingya
Anwar

SHAH ALAM - Kerajaan akan mengundang Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing melawat Malaysia secara rasmi bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang kira-kira 200,000 pelarian Rohingya di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah diplomatik itu dilakukan bagi mencari penyelesaian jangka panjang berhubung isu pelarian Rohingya yang menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat tempatan.

Menurutnya, kerajaan Myanmar dalam rundingan awal sebelum ini telah bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya secara berperingkat dengan kumpulan pertama seramai 1,500 orang akan dihantar pulang dalam tempoh antara satu hingga dua minggu ini.

"Dua minggu lalu saya memberitahu kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan jemaah menteri (yang) saya akan undang Presiden Myanmar secara rasmi

"Saya undang (sebab) saya nak bagitahu, kita boleh bersahabat, kita boleh berdagang, kita boleh terima Myanmar, tetapi Myanmar mesti terima (kembali pelarian mereka).

"Kalau tidak boleh terima 200,000 sekali gus, ambil secara berperingkat dan kita akan bantu. Ini cara penyelesaiannya," katanya dalam audio siar Sembang Oh Yeah, pada Rabu.

Beliau menjelaskan, Malaysia bersedia menanggung kos logistik seperti pakaian, makanan dan tambang kapal bagi proses penghantaran pulang tersebut.

Menurutnya, ia lebih menjimatkan berbanding menanggung kos pengurusan pelarian di depoh tahanan yang mencecah RM50 hingga RM200 sehari bagi setiap orang.

"Lebih baik kita bayar sedikit daripada terbeban dengan memberi makan beratus ribu (orang) di depoh tahanan.

"Sebab itu penyelesaiannya, kita mesti keluarkan mereka," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved