‘Jangan Terkejut Apa Manifesto PH Akan Tawarkan Kepada Rakyat Johor Nanti’ – Dr Zaliha

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 10:18 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata parti Pakatan Harapan (PH) akan mengeluarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-16 pada Jumaat ini, 3 Julai 2026.

Setiap Manifesto PH Diteliti Mengikut Keperluan Rakyat Johor

Menurut beliau, segala manifesto disediakan adalah berlandaskan hasil kajian yang teliti dan berteraskan keperluan sebenar rakyat Johor.

“Perkara ini kena diteliti baik-baik, sebab itulah insya-Allah PH Johor dah bersedia dan 3 Julai ini (Jumaat) kita akan lancarkan manifesto.

“Kepada Datuk Zahari Sarip (calon BN Buloh Kasap), tengok nanti 3 Julai apa yang PH nak tawarkan kepada rakyat Johor, jangan terkejut!

“Tawarannya insya-Allah kita sudah teliti dan ada asas, ini adalah keperluan rakyat. Selain itu, matlamat kita dalam meningkatkan kehidupan rakyat Johor,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Johor Ke-16

Zahari Persoal PH & PN Kerana Tak Keluarkan Lagi Manifesto

Zahari dalam satu hantaran di Facebook sebelum ini mempersoalkan PH dan Perikatan Nasional (PN) kerana belum mengeluarkan manifesto walaupun tempoh kempen sudah bermula.

“Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional? Belum ada (manifesto). Jadi, apa yang mereka sembangkan bila berkempen? Adakah sekadar serang-menyerang, bermain persepsi, retorik, saling menuduh dan memburuk-burukkan pihak lain?

“Tempoh berkempen sudah bermula, namun sehingga kini rakyat masih belum melihat hala tuju atau tawaran yang jelas daripada mereka.

“Mentadbir negeri bukan sekadar berpolitik atau membuat janji ketika kempen. Johor memerlukan kepimpinan yang mempunyai perancangan, hala tuju dan pelan pelaksanaan yang jelas,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: “Jangan Sombong & Lupa Daratan” – Anwar Ingatkan Semua Berkempen Dengan Sopan

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Muhyiddin Ajak Rakyat Kenang Jasa PN, Urus Negara Ketika Covid-19

PKR Satu Parti Yang Matang & Tak Mungkin Tiada Manifesto, Kata Dr Zaliha

Jelas Dr Zaliha, mustahil bagi PH tidak menyediakan sebarang menifesto untuk menyertai gelanggang medan pilihan raya.

“Dalam Keadilan (PKR) sekurang-kurangnya, kita dah 27 atau 28 tahun. Satu parti yang agak matang lah ya. Agak mustahil kalau kita masuk medan pertempuran ini atau medan pilihan raya ini tanpa manifesto.

“Tak kan lah gabungan parti dan Pakatan Harapan tu sendiri tiada menifesto. Sabarlah, kita dah ready,” tambah Dr Zaliha.

Banyak Manifeso BN Belum Ditunaikan – Dr Zaliha

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sekijang tersebut turut mendakwa banyak manifesto yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) sebelum ini belum tercapai hingga sekarang selain berkata segala manifesto oleh PH hampir semuanya ditunaikan.

“Saya pernah menjadi anggota Kabinet, di saat kita memerintah selama dua tahun pertama hingga tahun ketiga, sekarang memasuki tahun keempat), memang manifesto yang dijanjikan oleh parti-parti komponen kita pantau satu-persatu.

“Alhamdulillah, ketika kita memantau semua janji tersebut oleh parti-parti berkenaan, sebenarnya apa yang dijanjikan dalam manifesto PH hampir semuanya tertunai.

“Ini bermakna dalam masa tiga tahun setengah, kita dah boleh laksanakan. Bermaksud, tidak mustahil apa yang digariskan dalam PRN Johor ini adalah perkara yang boleh dicapai dan direalisasikan dalam tempoh pentadbiran,” ulasnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Senarai Calon Barisan Nasional, Pakatan Harapan & Perikatan Nasional

Kata-kata dan penjelasan Dr Zaliha ini dipetik daripada podcast Secawan Teh Tarik, yang membincangkan tentang isu manifesto dan misi PH dalam membentuk Kerajaan Negeri.

Tonton video penuh di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved