
Jangan Tersalah Beli, Ini Maksud Disebalik Label “CP” Pada Minyak Masak
Minyak masak merupakan salah satu bahan asas dan utama yang digunakan dalam memasak dan goreng.
Jadi, tak hairan mengapa minyak masak sentiasa laku keras di kedai runcit mahupun pasar raya.
Tapi perasan atau tidak? Setiap kali membeli minyak masakan ini, terdapat label CP6, CP7, CP8, CP10 pada bahagian kandungan minyak yang dilekatkan pada botol.
Pasti anda tertanya-tanya bukan?
Sehubungan itu, kali ini SK bawakan pula maksud disebalik label nombor pada botol minyak masak, menerusi hantaran Facebook Zam Sani, di ruangan bawah.
Maksud “CP” Pada Minyak Masak

Jangan tersilap beli minyak masak!
Gred CP6 vs CP7 vs CP8 vs CP10, mana lebih baik?
Weh, korang pernah tak beli minyak masak sebab murah je, tak tengok label? Aku pun dulu macam tu. Ingatkan semua minyak sama je, rupa-rupanya ada beza besar!
CP6 dengan CP7 tu lain weh!
Bila guna minyak ni, aku perasan minyak cepat hitam, berbuih banyak, pastu makanan rasa pelik sikit. Minyak pun cepat habis, cair macam air, dan kena tukar selalu. Bila tanya mak, dia cakap mungkin aku tersalah beli minyak yang kualiti rendah.
So, aku pun check balik minyak yang aku beli. Sekali tengok kat botol, ada tulis CP7. Ha sudah!
Aku ingat minyak masak semua sama, rupa-rupanya ada gred dia. Bila aku tanya pakcik kedai runcit, dia pun gelak, “Patutlah cepat berbuih, CP7 ni biasanya lebih tinggi asid lemak dia.”
Aku buat kajian sikit, aku Whatsapp klien aku owner rumah di Kempas (tokey kilang minyak masak). Dia pernah mintak aku jualkan rumah dia. Ini dia bezanya:
1. CP6
Minyak lebih sihat, ada Vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih, dan makanan rasa lebih sedap.

2. CP7

Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih, dan makanan pun cepat serap minyak.
3. CP8
Minyak paket banyak untuk restoran dan warung kecil, tapi kalau guna terlalu lama, minyak cepat berbuih dan jadi hitam.

4. CP10
Minyak paket, gred rendah, senang berkeladak, sesuai untuk peniaga guna sekali atau eksport ke negara dunia ketiga seperti India dan China.
Lepas tahu semua ni, aku terus tukar ke gred CP6. Kali ini aku beli Vesawit CP6, sebab ada tulis minyak sawit asli dan ada Vitamin E & Tocotrienols. Nak masak pun lebih yakin.
Sejak guna CP6, aku perasan minyak tak berbuih sangat, boleh pakai lebih lama, dan makanan goreng jadi lebih rangup. Tak ada rasa pelik macam dulu.
Jangan buat silap macam aku. Jangan fikir minyak masak semua sama!
Periksa betul-betul sebelum beli, pilih CP6 kalau nak lebih sihat dan tahan lama. Jangan main beli je sebab murah, nanti makan minyak lebih banyak dari lauk!
Brand CP6 yang boleh korang cari Cap Buruh, Faizah, Aura, Saji, Kijang Gold, Seri Murni.
Asbab nak murah, jangan sampai tersilap beli lagi, okay?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Zam Sani
The post Jangan Tersalah Beli, Ini Maksud Disebalik Label “CP” Pada Minyak Masak appeared first on Siakap Keli.
