Jangan Tersalah Pilih! Ini 3 Jenis Lelaki & Wanita Yang Tak Sesuai Dijadikan Pasangan [Video]

Family & ParentingLifestyle
20 May 2026 • 5:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Jangan Tersalah Pilih! Ini 3 Jenis Lelaki & Wanita Yang Tak Sesuai Dijadikan Pasangan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih seseorang sebagai pasangan.

Malah, Islam dalam sendiri terdapat beberapa kriteria dalam memilih pasangan antaranya seperti harta, kecantikan, keturunan dan agama namun yang terbaik adalah agamanya.

Namun pernah tak anda tertanya-tanya apakah jenis sikap individu yang tidak sesuai dijadikan sebagai pasangan?

3 Ciri Lelaki Yang Tak Sesuai Dijadikan Pasangan

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Elyas Ismail dalam video di Instagram, terdapat tiga ciri lelaki dan wanita yang tidak sesuai dijadikan pasangan.

Namun jelas beliau, sekiranya wanita telah berkahwin dan kriteria berkenaan terdapat pada suami yang dikahwininya, mereka perlu mendidik atau menasihatinya.

Buat wanita, ini tiga ciri lelaki yang red flag atau tidak sesuai dijadikan pasangan. Ciri-ciri tersebut adalah:

#1 Pemalas

Kongsi Ustaz Elyas, cara untuk mengetahui seorang lelaki itu pemalas adalah pada waktu pagi.

Ini kerana waktu pagi merupakan waktu kebanyakan orang keluar mencari rezeki.

“Bangun pagi pukul 10, nampak sangat pemalas. Pergi ke kebun membuang diri, bawa bekal rendang ketupat, kalau bangun meninggi hari, jangan disesal hidup merempat.

“Sebab itu Nabi Muhammad SAW mendoakan umatnya yang berpagi-pagi. ‘Ya Allah berkatkanlah umatku yang berpagi-pagi’,” jelasnya.

#2 Kedekut

Terang penceramah itu lagi, lelaki yang jenis kedekut juga tidak sesuai dijadikan pasangan. Ini kerana tanggung jawab seorang lelaki adalah sebagai ketua keluarga dengan mencari nafkah.

“Orang lelaki, dia kan nak memberi nafkah, menyara keluarga. Kalau awal-awal lagi jenis kedekut, jenis berkira, macam mana nak sara keluarga.

“Tidak akan bergabung di antara iman dan kedekut dalam satu masa. Maknanya, kalau dia ada iman, dia bukan jenis orang yang kedekut. Kalau dia kedekut, maknanya…,” katanya.

#3 Tidak Mendirikan Solat

Ciri ketiga lelaki red flag yang tidak sesuai dijadikan suami yang dikongsikan oleh penceramah itu adalah mereka yang tidak mendirikan solat.

“Lelaki yang jenis liat nak sembahyang atau jenis tak sembahyang langsung. Tak mengambil berat atau cakna terhadap agama. Ibadah lain pun cuai, bagaimana agaknya nak memimpin keluarga.

“Sebab itu Saidina Umar RA berpesan ‘aku nak cari orang yang bekerja bersama dengan aku, aku akan lihat solatnya. Kalau lurus, baik solatnya itu, baiklah segala urusan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ustaz Elyas turut menegaskan agar para wanita berhati-hati memilih pasangan kerana lelaki yang dipilih sebagai suami itu akan menjadi pemimpin sebuah keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Ustaz Elyas Ismail (@ustazelyasismail)

3 Ciri Wanita Yang Tidak Sesuai Jadikan Isteri

Dalam hantaran berasingan, Ustaz Elyas turut berkongsi kriteria wanita yang tidak sesuai dijadikan isteri.

“Ini tiga jenis wanita atau perempuan jangan jadikan isteri tetapi kalau dia dah jadi isteri kita sekalipun, didiklah dia, bimbinglah dia dengan sebaik-baik bimbingan.

“Tetapi kalau tengah tempoh membuat pilihan, tengah mencari dana memilih, pastikan tiga perkara ini dalam memilih,” katanya.

Tiga ciri tersebut adalah:

#1 Mulut Kotor Atau Mulut Toksik

Definisi mulut kotor atau mulut toksik yang dimaksudkan oleh Ustaz Elyas adalah wanita yang suka menjaja cerita atau suka menghasut.

“Mulut jenis membawa cerita, menghasut sana, menghasut sini. Orang atas diampu, ada yang kadang mencetuskan pergaduhan dua pihak gara-gara kerana lidah dia, mulut dia.

“Sedangkan orang lain hidup tenang dan bahagia tetapi sejak dia hadir, banyak mengacau bilau hubungan orang lain, bahaya amat sangat mulut macam tu,” jelasnya.

#2 Tak Jaga Maruah Diri

Ciri lain yang dikongsikan beliau adalah wanita yang tidak menjaga maruah diri.

“Dengan lelaki manapun dia bertepuk tampar, dekat media sosial dia menampak aurat. Dia memang tak jaga aurat diri. Dia tak kisah kelakuan dia,” jelasnya.

#3 Tidak Mendirikan Solat

Sama seperti lelaki, wanita yang tidak mendirikan solat juga tidak sesuai untuk dijadikan isteri.

“Bayangkan, bagaimana seorang suami hendak hidup bersama seorang wanita sebagai isteri. Anaknya pun nanti kena jaga sembahyang tapi kalau emaknya pun tak jaga solat, macam mana?” kata beliau.

Pada masa yang sama, Ustaz Elyas turut menitipkan pesanan agar seseorang itu berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat jodoh yang baik.

View this post on Instagram

A post shared by Ustaz Elyas Ismail (@ustazelyasismail)

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Kongsi ‘Red Flag’ Calon Isteri Dari Sudut Undang-undang Syariah Untuk Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: Masih Harapkan Ayah Wanita Tanggung, Ini Hukum Lelaki Kahwin Walau Tak Cukup Duit Sara Isteri