Memang bagus ada niat nak menolong, tapi kalau orang tu pengsan sebab pitam , buat CPR, itu bukan menyelamat, itu namanya 'mendera'.
CPR hanya untuk jantung yang dah BERHENTI dan orang yang TAK BERNAFAS. Kalau dia masih ada tanda hidup tak perlu untuk CPR
Bila TAK PERLU CPR?
1. Masih bernafas normal: Dada naik turun, ada hembusan.
2. Masih respon: Kita panggil dia menyahut, atau dia tepis tangan kita.
3. Ada nadi: Nadi karotid kat leher masih berdenyut kuat.
4. Tengah Sawan: Jangan pergi tekan dada masa dia tengah menggeletar
5. Pitam Biasa: Pengsan sebab panas atau berdiri lama. Baringkan, angkat kaki tinggi sikit bagi darah jalan ke otak.
Ingat, CPR ni kerja berat. Tulang rusuk boleh patah kalau teknik tak betul atau dibuat pada orang yang salah.
Kalau dia bernafas tapi tak sedar, letak dalam 'Recovery Position' (mengiring).
#PublicHealthMalaysia #FirstAid #CPRSalah #PitamBukanMati #IlmuPenyelamat
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


