“Jangan tukar kelab lain” – Faisal Halim Muat Naik Gambar Hitam Putih Buat Netizen Risau

FootballFamily & Parenting
13 Nov 2025 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi menarik perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto hitam putih tanpa sebarang kapsyen di laman Instagram miliknya semalam.

Walaupun tiada kata yang menyertai hantaran tersebut, ruang komen dibanjiri ribuan mesej penuh semangat dan doa daripada netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey.

 

View this post on Instagram

 

Rata-rata pengikutnya itu mendoakan agar pemain sayap Harimau Malaya tersebut terus tabah menghadapi segala ujian, bukan sahaja di arena bola sepak, tetapi juga dalam kehidupan peribadinya.

image is not available

Terdahulu, Faisal pernah melalui pelbagai dugaan di luar padang, termasuk isu rumah tangga yang kembali menjadi tumpuan ramai.

Isnin lalu, isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri telah memuat naik sebuah gambar di media sosial dengan kapsyen berbunyi “perkahwinan bukan satu perjudian, patut layan aku macam sampah”, sekali gus menimbulkan semula persoalan tentang keadaan rumah tangga mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article