“Jangan Tunjuk Macam Takde Apa Berlaku” – Datuk Red Merayu Pada Adira & Datin Red, Beri Peluang Beraya Sebagai Keluarga Harmoni

31 Mar 2024 • 10:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, usahawan yang bernama Datuk Red baru-baru ini boleh dikatakan sedang lalui ujian yang sangat berat apabila kedua-dua isterinya iaitu Datin Red serta Adira Suhaimi memfailkan penceraian terhadapnya.

Nak beraya bersama anak-anak

Terbaru, melalui video di platform TikTok yang memaparkan klip live TikTok Datuk Red, dia meluahkan keinginannya untuk beraya bersama anak-anak sebagai satu keluarga dengan Datin Red dan Adira buat kali terakhir sebagai suami wanita-wanita itu.

Kadang-kadang nak pertahankan, tapi sebelah pihak tak nak.. kita nak buat macam mana?

@khairisanuri Permintaan terakhir kali untuk isteri2 Dato Red agar tarik balik permohonan penceraian mereka. #datored #fypシ゚viral #foryou #viral ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Bahkan, lelaki terbabit seperti merayu kepada Adira agar diberi peluang untuk beraya bersama anak-anak sebagai satu keluarga harmoni untuk kali terakhir, memandangkan Datuk Red tidak boleh ambil sebarang tindakan selepas kes penceraian mereka masuki proses Hakam hujung April ini.

Jangan tunjuk dekat anak-anak tu macam tak ada apa berlaku.

Sekadar info, Adira telah memfailkan penceraian terhadap Datuk Red 25 Oktober tahun lalu atas alasan sudah tidak persefahaman, manakala Datin Red memfailkan penceraian pada hujung Januari lalu.

image is not available 3 days ago

"Mana Mungkin Saya Nak Tinggalkan Dia.." - Susah Senang Selama 18 Tahun, Muflis Bukan Sebab Datin Red Hendak Berpisah