“Jangan viral okay” – Mak Wan Latah Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Meludah

28 Jul 2022 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon veteran Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, atau lebih mesra dengan gelaran Mak Wan Latah dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita, bulan lalu.

 

“Jangan viral okay”

Walaubagaimanapun, Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur ‘Atiqah Sapari.

Menerusi laporan Harian Metro, berdasarkan kertas pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, Perak kira-kira 7 malam, 24 Jun lalu.

image is not available

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng telah menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh sebelum Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000.

image is not available

Ianya selepas peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, T Selvadoray meminta pertimbangan daripada mahkamah selepas mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak menentu. Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

image is not available

Dalam pada itu, wartawan di lokasi turut kongsikan bahawa Mak Wan Latah ada memberi amaran kepada petugas media yang merakam gambarnya sebelum memasuki kamar bicara untuk tidak tularkannya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.