“Janganlah Berangan, Pusing Macam Mana Hukum Tak Bagi” – Isu Harta Arwah, Ustaz Minta Mengaji Elok-Elok

14 Feb 2023 • 2:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perkongsian seorang ustaz mengenai konflik harta peninggalan arwah Abam Bocey meraih perhatian ramai.

Menerusi video itu, ustaz menjelaskan sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki maka adik beradiknya tak akan mendapat hartanya.

Bila si mati tinggalkan anak lelaki maka…

Jika anak lelaki si mati masih kecil, si ibu merupakan pemegang amanah harta peninggalan tersebut dan boleh menggunakan harta untuk membesarkan anak.

Harta tu bukan untuk disimpan. Kalau tak boleh pakai, anak dia membesar nak minum susu semua nak pakai apa?

Jelas beliau lagi, jenis harta yang boleh dituntut di mahkamah oleh kaum wanita sekiranya suami meninggal dunia seperti harta sepencarian.

Mengaji la elok-elok. Siapa siapa suami mati dan tinggalkan anak lelaki, maka adik beradik tak ada harapan untuk dapat harta yang dia tinggalkan. Janganlah duk berangan, pusing lah macam mana pun. Hukum tak bagi.

Perkongsian ustaz itu meraih perhatian ramai dan rata-rata beranggapan Ali Puteh bersikap tamak dan menganiaya balu serta anak tunggal arwah iaitu Hamzah.

Ada juga netizen tag akaun media sosial Ali supaya pelawak itu memahami dengan jelas dan tak lagi terkeliru dengan isu faraid ini.

Sumber: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.