“Janganlah buat saya nangis” – Viral Video Wajah Seiras Arwah Ibu, Wanita Dipertemukan Dalam MHI

25 Jun 2024 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kasih ibu membawa ke syurga, buat yang sudah kehilangan ibu pastinya ia sesuatu yang sangat berat dan sanggup lakukan apa sahaja agar kerinduan itu terubat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang wanita berkongsi dia terjumpa dengan seorang mak cik persis wajah arwah ibunya.

Rancangan bual bicara terkenal, Malaysia Hari Ini membuat kejutan kepada wanita tersebut dengan membawa mak cik itu ke set dan mempertemukan mereka berdua.

Dalam video pendek itu, dapat dilihat riak wajah wanita itu yang sangat hiba dan seakan dapat melepaskan kerinduan kepada arwah ibunya dengan memeluk serta mencium mak cik itu.

Malah, kakak kepada wanita itu turut tidak melepaskan peluang untuk memeluk mak cik yang dibawa oleh menantunya ke set rancangan itu.

“Jatuh air mata jantan”

Video itu membuatkan ramai yang menitiskan air mata termasuklah pengacara rancangan itu, Hidayah Bakar.

Ruangan komen video itu dipenuhi dengan kata-kata sebak serta ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka kehilangan ibunda tercinta.

image is not available

Min pun takleh nak tahan air mata ye…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.