“Janganlah Ejek, Dia Bukan Anak Luar Nikah…” – Fara Salleh Harap Anak Tak Terkena Tempias Suatu Hari Nanti

LocalFamily & Parenting
9 Jul 2025 • 11:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Fara Salleh berharap agar orang ramai tidak menjadikan anaknya, Elaine Nada sebagai bahan ejekan apabila kanak-kanak itu meningkat dewasa kelak susulan kontroversi yang membabitkan dirinya dan suami, Shuk Sahar.

Menerusi Instagram story, Fara meluahkan kerisauan sekiranya anaknya itu akan turut terkena tempias daripada apa yang berlaku di antaranya dan Shuk.

Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak korang, jangan lah ejek dia. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak luar nikah. Dia ada keluarga yang lengkap sebelum ini tetapi sekarang lebih lengkap.

image is not available

Cuma silap pada mak ayah dia, Nada terkena tempias. Tapi jangan risau, Nada ada saya yang akan sentiasa lindunginya. Ajarlah anak korang bab ini. Jangan ejek-ejek anak orang.

Tambah Fara, dia sudah berusaha sehabis baik utnuk menuntut keadilan buat Nada namun mendakwa bahawa Shuk tidak memberikan kerjasama.

Katanya, Shuk tidak hadir ke mahkamah dan pergi bercuti dengan anak-anak yang lain di Sabah sedangkan pelawak tersebut sudah sedia maklum tentang tarikh berkenaan.

Jelas Fara, dia membuat surat beranak itu terlebih dahulu kerana urusan di mahkamah mengambil masa yang lama disebabkan Shuk tidak hadir.

Kau hanya perlu datang mahkamah sahaja lain semua aku boleh selesaikan. Cuba google balik kes ini viral awal-awal dan masa orang interview aku. Kenapa aku settlekan surat beranak tak tunggu?

Sebab apa-apa hal urusan surat beranak ini lah penting. Jadi nak tak nak kena buat dulu surat beranak.

image is not available

image is not available 4 hours ago

"Ambil Iktibar, Tak Bahagia Kalau Bina Rumah Tangga Atas Derita Orang Lain" - Fara Salleh & Shuk Berbalah Di IG, Netizen Nasihat Wanita 'Penyondol'