“Tak payah nak petik nama..” – Fara Salleh Berang Netizen Dakwa Dia Alami ‘Kifarah’

Entertainment
9 Jul 2025 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, kecoh berkenaan isteri kepada pelakon dan pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh selamat melahirkan anak.

Pun begitu, terdapat perbalahan di antara mereka di mana Fara menerusi laman Instagram miliknya mendakwa Shuk Sahar tiada bersamanya ketika melahirkan dan menempuhi segalanya seorang diri.

Terbaru, dalam Insta Story miliknya, Fara mendedahkan ada netizen yang mengatakan apa yang dilalui oleh Fara itu satu ‘kifarah’ buatnya kerana meruntuhkan rumah tangga bekas isteri Shuk iaitu Rosa Sera.

image is not available

“Tak perlu nak petik nama mahupun samakan aku dengan perempuan itu (Sera). Kami berdua tiada beza. Kau pesan dekat pengikut kau suruh diam ya perempuan.

Status aku dengan kau sama. Aku kahwin dengan suami kau dan kau kahwin dengan suami Pika (rakan) yang dah ada anak tiga orang,” tulisnya.

Sebelum ini, Fara dan netizen juga pernah ‘bertengkar’ dengan netizen dan pernah meluahkan kekecewaan terhadap Shuk di media sosial, menuduh suaminya tidak bertanggungjawab dan enggan berkaunseling.

Shuk bagaimanapun menidakkan perkara itu dan memberitahu dia sudah menunaikan kewajipannya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.