Dari lima ke empat, BIGBANG sekarang hanya tinggal 3 ahli sahaja termasuk G-Dragon, Taeyang dan Daesung.
Baru-baru ini, G-Dragon dan Taeyang telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Daesung, di mana mereka ada berborak tentang pelbagai topik.
Ketika sedang berborak, pasukan produksi memberi kejutan buat ahli dengan menghadiahkan mereka payung mini yang mempunyai rantai kunci tiga daun semanggi. Soal G-Dragon,
Bukankah daun semanggi patutnya ada empat daun?
Jawab Daesung,
Empat daun bermakna tuah. Tiga daun bermakna kebahagiaan. Ia masuk akal memandangkan kita adalah kumpulan tiga ahli.

Respon G-Dragon membuatkan semua tertawa,
Janganlah kita kecilkan lagi bilangannya.
Untuk pengetahuan, Seungri telah keluar dari BIGBANG selepas terlibat dengan kes ‘Burning Sun’, manakala T.O.P pula telah mengundurkan diri dari kumpulan itu pada Mei tahun lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Janganlah..” – G-Dragon Jujur Luah Perasaan, Harap Tiada Lagi Ahli Ingin Keluar BIGBANG first appeared on KimchiDaily.my.
