Selepas 7 Tahun, G-Dragon Umum Bakal Comeback Solo Pada 25 Oktober Ini

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 11:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Yes! G-Dragon akhirnya akan kembali dengan album baru.

Menurut laporan eksklusif, G-Dragon telah menetapkan tarikh 25 Oktober ini sebagai sebagai tarikh comeback solonya dan kini sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerja terakhir.

Kali terakhir ahli BIGBANG itu mengeluarkan album solo adalah pada Jun 2017 dengan album mini keduanya, ‘Kwon Ji Yong’, menjadikan ini kemunculan semula selepas lebih tujuh tahun.

image is not available

Awal bulan ini, lelaki itu juga telah selesai menjalani rakaman untuk rancangan tvN ‘You Quiz on the Block’, di mana dia dijangka bakal mempromosikan album berkenaan.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.