“Janganlah marah Umi kerja” – Netizen Ikut Sebak Tengok Sajat ‘Video Call’ Dengan Anak-anak

Entertainment
14 Feb 2024 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sahaja tidak kenal dengan usahawan kosmetik yang kini menetap di Australia iaitu Nur Sajat, meski pun dia lantang bersuara di media sosial namun masih ramai netizen yang menunggu content daripadanya kerana telatahnya yang sangat menghiburkan.

Pun begitu, baru-baru ini Sajat berkongsi sesi live bersama anaknya yang kini sedang berada di Malaysia, dalam potongan video itu dapat dilihat Sajat mengalirkan air mata dek kerana kerinduan terhadap anak-anaknya itu.

Dalam video itu, dapat didengari salah seorang anaknya meminta maaf kepadanya kerana sebelum ini dia enggan bercakap dengan Sajat.

“Umi kan cakap dengan abang, bila Umi telefon cakap lah dengan Umi. Umi kerja bang, Umi rindu kat abang tau,” katanya dalam nada sebak.

Tidak dapat menahan sebak, Sajat kemudian mengalirkan air mata sambil berpesan kepada anaknya itu agar tidak melakukan perkara sebegitu lagi.

“Sedih tengok dia berjauhan”

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan para netizen yang turut sebak dengan perbualan antara Sajat serta anak-anaknya itu.

image is not available

Rata-rata mereka seakan memahami keadaan Sajat yang kini sedang berjauhan dengan keluarganya meskipun dibelenggu pelabagai kontroversi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved