
KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 menurun sedikit dengan 2,464 kes direkodkan semalam berbanding 2,798 kes kelmarin.
Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4, 757,752 kes setakat ini.
Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,448 kes tempatan dan 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak sembilan lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kematian tertinggi direkodkan masing-masing di Johor dan Kedah manakala setiap satu kes di Pahang, Sabah dan Selangor.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,145 setakat ini dengan 7,678 daripadanya adalah kes BID.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 38,918 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.1 peratus atau 37,408 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 32 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,409 orang atau 3.6 peratus menerima rawatan di hospital.
Sebanyak 69 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Terdapat 4,427 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,682,689 kes. - Getaran, 22 Ogos 2022
