Jangkitan COVID-19 Kembali Bawah 2,000 Kes, 2 Kematian

5 Sep 2022 • 11:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Angka jangkitan COVID-19 kembali menurun bawah 2,000 kes dengan 1,904 kes direkodkan semalam berbanding 2,244 kes kelmarin - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menurun bawah 2,000 kes dengan 1,904 kes direkodkan semalam berbanding 2,244 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,791,456 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,903 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak dua lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kedua-dua kes itu direkodkan di Johor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,245 setakat ini dengan 7,704 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 28,961 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.2 peratus atau 27,584 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 18 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,286 pesakit atau 4.4 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 73 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,138 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,726,250 kes. - Getaran, 5 September 2022