Jangkitan harian naik paras 5,000 kes, 10 kematian akibat Covid-19

4 Aug 2022 • 11:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 5,330 kes semalam berbanding 4,204 kes hari sebelumnya, menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my.

Pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah sebanyak 4,692,790 kes dengan 46,523 daripadanya adalah kes aktif.

Setakat semalam, sebanyak 44,885 kes sedang menjalani kuarantin di rumah, 29 kes di pusat kuarantin sementara, 1,560 kes di hospital dan 49 di unit rawatan rapi (ICU).

Data Covidnow menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 62.8 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 13 peratus.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital menjadikan angka keseluruhan sejak pandemik melanda negara adalah 35,995 kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved