Kes baharu Covid-19 meningkat 5,330 kes, 10 kematian

4 Aug 2022 • 8:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 5,330 kes pada Rabu, berbanding 4,204 kes pada Selasa. - Foto 123rf

SHAH ALAM - Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 5,330 kes pada Rabu, berbanding 4,204 kes pada Selasa. Berdasarkan data di portal CovidNow, sebanyak 10 kematian turut dilaporkan pada hari sama dengan satu daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID). Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 46,523 kes manakala 44,885 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah. Seramai 29 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,560 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 49 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 15 lagi memerlukan mesin ventilator. Pada masa sama, negara turut merekodkan sebanyak 3,075 kes sembuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved